4 Pekerjaan Gaji Tertinggi di Malaysia Tahun 2023

Salah satu faktor penting ketika memilih pekerjaan mestilah gaji. Ye lah kan, siapa tak nak gaji tinggi? Boleh beli macam-macam. Tak perlu risau sangat kalau duit tak mencukupi hujung bulan. Boleh merantau sana sini. Bukankah itu idaman hampir setiap insan?

Ada banyak pekerjaan di seluruh, tetapi khususnya di Malaysia, pekerjaan yang manakah yang menduduki populariti tangga tertinggi dari sudut gaji? Jangan teruja dahulu, anda harus ingat juga pengalaman merupakan antara salah satu faktor penentu kenaikan gaji. Bukanlah anda terus dapat gaji yang dinyatakan sejurus anda masuk ke dalam industri yang anda mahukan. Mana tahu ada sesiapa yang berminat nak tukar arah.

Tanpa berlengah masa, mari kita kupas 4 pekerjaan paling popular yang bergaji tinggi di Malaysia pada tahun 2022 yang lepas!

 

1. Pakar Bedah (Surgeon)

Kalau sesiapa yang tak boleh tengok darah tu, jangan pula gatal-gatal nak cuba masuk industri ini. Jangan cari nahas ya. Tapi kalau nak berangan, boleh silakanlah. Jadi, anda nak tahu tak gaji mereka? Gaji seseorang yang kerja sebagai pakar bedah boleh cecah RM70,000. Sebulan tau!

Tapi nak capai ke tahap tu jauh juga perjalanan dia. Bermula dari sekolah menengah lagi dah memang kena fokus pada biologi dan kemudiannya, sambung pelajaran ke sekolah perubatan (medical school). Jumlah tahun untuk bergelar seorang pakar bedah berkemungkinan 10 tahun ke atas.

Tak termasuk juga betapa kompleksnya untuk menjalankan satu pembedahan. Mungkin sebab ni gaji mereka antara yang paling tinggi, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia!

 

2. Perunding Hartanah (REN)

Pekerjaan ini tidak memerlukan ijazah kerana pekerjaan sebagai Perunding Hartanah (REN) lebih kepada soft-skills seperti rundingan dan komunikasi.

Pendapatan seorang Perunding Hartanah (REN) boleh cecah RM50,000 sebulan! Itu pun kalau belum termasuk komisen lain melalui penjualan yang mereka dapat.

Tambahan, tugas seorang REN adalah untuk mengiklankan hartanah dan mencari prospek yang berminat untuk membeli. Dari situ, datanglah komisen dan pendapatan mereka.

Tak sukar untuk mulakan kerjaya sebagai seorang ejen hartanah.

Malah, IQI Global kini sedang mempunyai promosi! Tawaran dari RM250 sahaja (harga sebenar RM460), anda boleh mulakan kerjaya anda sebagai seorang Perunding Hartanah (REN)! Anda akan terima latihan dan berpeluang untuk jual hartanah di dalam dan luar negara sekali! Murah tu!

Tunggu apa lagi? Jom daftar dan mulakan perjalanan anda sebagai seorang REN sekarang!

 

3. Pengarah Jualan & Pemasaran (Sales & Marketing Director)

Rasanya dari nama sendiri dah boleh agak dah pekerjaan ni.

Seorang pengarah pemasaran bertanggungjawab untuk pengurusan keseluruhan jabatan penjualan & pemasaran. Tanggungjawab tu termasuklah merancang, melaksanakan, dan mengkaji semula pendekatan pemasaran suatu syarikat. Selain itu, perlu capai sasaran penjualan yang ditetapkan oleh pihak atasan. Kerja gaji tinggi ni sesuai untuk sesiapa yang suka berborak tu.

Berbanding dari zaman dahulu, pemasaran dilakukan secara tradisional iaitu melalui surat khabar, televisyen dan radio. Tapi dalam zaman moden sekarang, pemasaran boleh dilihat dari aspek digital seperti media sosial dan blog. Dengan cara pemasaran dan penjualan baharu, tentunya sasaran penjualan akan meningkat. Ye tak?

Gaji seorang pengarah penjualan & pemasaran mampu cecah RM35,000 sebulan!

 

4. Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer)

Seorang ketua pegawai maklumat bertugas untuk memantau pelaksanaan pelan strategik teknologi maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat. Gaji seorang ketua pegawai maklumat boleh cecah RM30,000 hingga RM60,000!

Selain itu, banyak lagi tugas seorang ketua pegawai maklumat yang berbeza dari tahun-tahun lalu. Seperti mewujudkan nilai perniagaan melalui teknologi, merancang objektif pertumbuhan perniagaan secara strategik dan memastikan sistem dan prosedur teknologi membawa kepada hasil selaras dengan matlamat perniagaan.

Hal ini kerana zaman digital memerlukan pendekatan teknologi dan maklumat.

Sumber: Kelly Services

 

Mencari peluang yang bakal mencabar diri untuk mencapai had yang lebih hebat?

Tak perlu takut, tak perlu fikir lebih. Ayuh menceburi peluang dengan IQI – dengan harga yuran RM250! (Harga sebenar RM460). Tempuh cabaran, capai kejayaan. Pilihlah IQI!

 


Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

Kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Tinggalkan komen:

Tentang Kami

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

YouTube Kami

Dapatkan Newsletter dari Kami!

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit.