Terdapat dua kerjaya profesional yang mainkan peranan penting apabila berdiskusi tentang industri hartanah. Mereka adalah Ejen Hartanah (REA) dan Pembantu Ejen Hartanah (REN) atau dikenali juga sebagai Perunding Hartanah (REN).
Tapi, sering kali khalayak ramai keliru antara kedua-dua mereka ni. Yang membezakan mereka adalah Tugas Yang Berlainan, Tag Pendaftaran, dan Proses Kelayakan.
Artikel ini bertujuan untuk membezakan karier profesional REA dan REN. Dengan harapan lepas ni kalau ada sesiapa tanya, kita boleh jawab no hal punya. Tanpa melengahkan masa, kita senaraikan perbezaan mereka.
Sebelum itu, jom tengok video di bawah untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang artikel ini!
1. Tugas yang Berlainan.
- Ejen Hartanah (REA):
Seorang REA boleh menubuhkan firma Agensi Hartanah mereka sendiri. Di mana mereka dibenarkan memiliki sebanyak 50 REN untuk bekerja di agensi mereka.
Selain itu, seorang REA akan menjadi seorang supervisor kepada para REN di bawah mereka.
- Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN):
Manakala, seorang REN tidak boleh menubuhkan agensi mereka sendiri. Selain itu, mereka wajib bertugas di bawah satu agensi hartanah untuk menjalankan kerja-kerja mereka, dan seorang supervisor REA akan ditugaskan untuk mengawas dan menyelia tugasan dan aktiviti mereka.
** Seorang REA atau REN boleh laksanakan tugas jual beli rumah dan hartanah.
2. Tag Pendaftaran.
- Ejen Hartanah (REA):

Tag pendaftaran seorang REA berwarna biru dengan nombor pendaftaran yang bermula dengan E xxxx
- Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN):

Tag pendaftaran seorang REN berwarna merah dengan nombor pendaftaran yang bermula dengan REN xxxx
3. Proses Kelayakan.

- Ejen Hartanah (REA):
Sebelum melayakkan diri sebagai seorang REA, mereka perlu lalui kursus selama dua tahun untuk menerima Diploma dalam Agensi Hartanah (Estate Agency) yang dikendalikan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH) atau BOVAEP.
Selepas menerima Diploma, mereka wajib menjalankan latihan industrial selama dua tahun di bawah penyeliaan agensi hartanah yang berkelayakan.
Kemudian, buku log atau Work Diary mereka akan diserahkan kepada LPPEH untuk penilaian dan kelulusan.
Akhirnya, mereka akan lalui peperiksaan lisan, di mana mereka akan di interbiu secara mendalam mengenai pengalaman dan mesti mempamerkan pengetahuan komprensif mengenai industri hartanah.
- Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN):
Untuk mereka yang berminat untuk menjadi Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN), mereka tidak memerlukan masa yang lama. Malah hanya perlu bayar pendaftaran dan lalui program ‘Sijil Kursus Perunding Hartanah’ (Negotiators’ Certification Course, NCC), selama dua hari.
Apa yang akan mereka belajar?
- Selok belok industri hartanah.
- Undang-undang industri hartanah.
- Amalan terbaik sebagai REN.
- Model kerja sebagai REN.
Setelah selesai, mereka akan terima sijil. Dengan sijil itu, mereka perlu memohon di mana-mana agensi hartanah untuk menjadi seorang Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN). Ketahui langkah untuk menjadi seorang REN sekarang!
Bagaimana nak tahu REA atau REN yang sah?
Mudah sahaja. Tag pendaftaran seorang REA atau REN akan ada nombor pendaftaran mereka sekali. Selain itu, seorang REA atau REN perlu pamerkan tag pendaftaran mereka sewaktu melakukan apa-apa aktiviti perniagaan.
Sebelum mulakan apa-apa transaksi atau perbincangan, boleh rujuk nombor pendaftaran mereka di laman LPPEH.
Masukkan nombor pendaftaran mereka dan akan terpapar:
- Maklumat penuh.
- Nama dan Nombor pendaftaran agensi hartanah.
- Maklumat perhubungan.
- Tarikh luput tag pendaftaran.
Selain itu dengan kemajuan teknologi kini, setiap tag pendaftaran akan ada kod QR yang anda boleh imbas untuk lihat kesahihan mereka sebagai REA atau REN.
Pindaan perundangan baru-baru ini terhadap Akta 242 (Bahagian VIII, Seksyen 30) memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang bertindak sebagai REN; sama ada sendiri atau utama perniagaannya adalah hartanah atau menyamar sebagai REN yang berdaftar, telah melakukan kesalahan.
Hukuman untuk itu adalah sabit kesalahan denda tidak melebihi RM300,000, atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 3 tahun, atau kedua-duanya. Denda selanjutnya sebanyak RM1,000 untuk setiap hari semasa berlakunya kesalahan tersebut juga akan dikenakan.
Siapa boleh jadi REA atau REN?
Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang REA atau REN. Seperti yang dibincangkan di atas, masa dan proses yang diambil untuk menjadi seorang REA atau REN adalah berbeza kerana tahap kelayakan mereka dalam industri hartanah.
Untuk mereka yang berminat untuk menjadi REA:
- Warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
- Memiliki Sijil SPM dengan sekurang-kurang 5 subjek lulus, yang mana 3 adalah pada tahap kredit.
- Salah satu daripada kredit tersebut mestilah subjek Matematik, Sains, Perdagangan atau Perakaunan.
- Hal ini kerana mereka akan menduduki kursus diploma hartanah.
Manakala untuk seorang REN:
- Warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
Kalau anda berminat, jom sertai kami di IQI!
Sebagai penutup, untuk menjadi seorang REN adalah lebih mudah dan cepat berbanding REA. Tetapi, seorang REA mempunyai banyak kelebihan berbanding seorang REN.
Ingin mulakan kerjaya anda sebagai seorang REN? IQI Global jawapan yang tepat bagi anda!
…
Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com









